Penjujukan DNA merupakan proses menentukan turutan
nukleotida yang tepat di dalam sesebuah molekul
DNA, termasuklah sebarang kaedah atau teknologi yang digunakan untuk menentukan turutan empat alkali—
adenina,
guanina,
sitosina, dan
timina—di dalam sejalur DNA. Kemajuan kaedah penjujukan DNA secara pantas telah banyak mempercepat usaha penyelidikan dan penemuan dalam bidang biologi dan perubatan.Pengetahuan jujukan DNA telah menjadi penting untuk penyelidikan biologi asas serta pelbagai bidang amali seperti diagnostik,
bioteknologi,
biologi forensik, dan
sistematik biologi. Kepantasan penjujukan yang deras yang tercapai dengan teknologi penjujukan DNA terkini telah menjadi penting dalam penjujukan DNA yang lengkap, atau
genom pelbagai jenis dan spesies hidupan, termasuk
genom manusia dan lain-lain jujukan DNA lengkap bagi kebanyakan spesies haiwan, tumbuhan mahupun
mikroorganisma.Jujukan-jujukan DNA yang terawal diperoleh pada awal 1970-an oleh para penyelidik akademik yang menggunakan kaedah-kaedah menjerihkan yang berasaskan
kromatografi dua dimensi. Ekoran terciptanya kaedah-kaedah penjujukan berasaskan
pendarfluor dengan
analisa automatik,
[1] penjujukan DNA telah menjadi lebih mudah dengan turutuan magnitud yang lebih pantas.
[2]